Sejarah Yahudi di Israel Sejarah_Israel

Akar umbi sejarah

Rekod sejarah pertama untuk perkataan "Israel" datangnya daripada stele Mesir yang mendokumenkan kempen-kempen ketenteraan di Kanaan. Walaupun stele ini yang merujuk kepada suatu kelompok orang (bukan 'negara') bertarikh pada lebih kurang 1211 SM, [3] tradisi-tradisi Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun. Tanah Israel memegang tempat yang istimewa dalam kewajipan-kewajipan agama Yahudi dan merangkumi tapak-tapak agama Yahudi yang paling penting — termasuk puing-puing Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja Yahudi. Berhubungan dengan kedua-dua versi kuil ini ialah upacara agama yang penting yang merupakan asal bagi banyak aspek agama Yahudi moden.[4] Mulai dari sekitar abad ke-11 SM, negara pertama dalam satu siri kemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap di kawasan ini yang berlangsung selama melebihi satu milenium.

Di bawah pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, dan (untuk tempoh yang singkat) Sassanid, kehadiran orang-orang Yahudi di kawasan ini merosot, akibat pengusiran beramai-ramai. Khususnya, kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap Empayar Rom pada tahun 132 Masihi mengakibatkan pengusiran orang-orang Yahudi pada skala yang besar. Adalah pada masa ini bahawa orang-orang Rom memberikan nama Palestin Syria kepada kawasan geografi ini dalam suatu percubaan untuk menghapuskan ikatan-ikatan orang Yahudi kepada tanah ini. [5] Walaupun demikian, kehadiran orang-orang Yahudi di Palestin masih tetap. Sebahagian utama penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Mishnah dan Talmud Jerusalem, salah dua daripada teks-teks agama Yahudi yang paling penting digubah di kawasan ini pada tempoh ini. Orang-orang Muslim menaklukkan tanah ini selepas menewaskan Empayar Byzantine pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani direka di Tiberias pada masa ini. Kawasan ini diperintah oleh orang-orang Umayyah dan kemudiannya oleh orang-orang Abbasiyyah, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.